Aiman Shafrie Ketiga E-Sport

SMK Tun Habab maju setapak lagi apabila telah melancarkan Program Kolaborasi Hub Pembangunan Sukan E-Sports. Program ini adalah kerjasama di antara Persatuan Sains Sukan SMK Tun Habab dan JByte Gaming Studio. Susulan dengan itu, seorang pelajar Glorious Tun Habab, Aiman Shafrie telah menyertai PES (Pro Evolution Soccer) 2019 baru-baru ini di peringkat negeri Johor. Tahniah kepada Aiman Shafrie kerana telah memenangi hadiah tempat ketiga pada Pertandingan PES 2019 yang dianjurkan oleh E-Sports Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Pertandingan telah berlangsung di Capital City, Johor Bahru pada 20 Julai 2019.  Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022