Genta Seri Habab Johan Pesta Pantun Negeri Johor

Tahniah di ucapkan kepada pasukan Genta Seri Habab , pemantun SMK Tun Habab yang berjaya merangkul Johan Pesta Pantun Sekolah Menengah peringkat Negeri Johor tahun 2019. Sekalung penghargaan Perjuangan pasukan Genta Seri Habab untuk bergelar Johan Pesta Pantun di laluan yang agak sukar. Pusingan awal bertemu dengan SM Sains Muar yang mewakili pasukan Tangkak, Kemudiannya bertarung dengan SMK Tasek Utara di pusingan Suku Akhir. Pertembungan di pusingan separuh akhir menemukan Genta Seri Habab dengan pasukan Johan 2018 SMK Dato Sulaiman daripada Daerah Batu Pahat dan tertulis sudah Pasukan Genta Seri Habab mendahului dan terus ke pusingan akhir. Pada pusingan akhir menemukan Genta Seri Habab dengan lagenda pantun Johor daripada pasukan Muar SMK Pekan Baru. Terima kasih atas sokongan semua. Terutamanya kepada pengetua SMK Tun Habab iaitu Encik Zakaria bin Abd. Jalil yang tidak jemu menyokong perjuangan ini. Kemenangan ini adalah kejayaan semua Warga SMK Tun Habab. Alhamdulillah, Jika tertulis rezeki kita, pasti dipermudahkan  susur jalannya. Genta Seri Habab
Johan Pesta Pantun Negeri Johor 2019. Genta Seri Habab turut memanangi kategori Pemantun Terbaik melalui Nurdanisha binti Zainal Abidin. terima kasih kepada para pemantun yang terdiri daripada 
Nurdanisha binti Zainal Abidin, Nur Fatin Nadiah binti Mohd Zake, Syahirah binti Mohd Radzi, Mohd Alif bin Mohd Akmal dan Mohd Taufiq bin Basran. Penghargaan turut diberikan kepada guru penasihatnya cikgu Norashikin dan cikgu Ku Sunira yang tidak jemu-jemu membimbing mereka. Semoga tahun 2019 ini bakal memberikan harapan kepada pemantun Glorious Tun Habab agar dapat bergelar pemenang Johan Pesta Pantun Peringkat kebangsaan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022