Catur Glorious Tun Habab Cemerlang

Pada 25 dan 26 Jun 2019 telah berlangsung Kejohanan Catur MSSD Kota Tinggi di SMK Tan Sri Jaafar Albar. Kontinjen Glorious Tun Habab telah menghantar 16 orang peserta meliputi kategori lelaki dan perempuan 15 tahun dan 18 tahun. Bagi kategori Lelaki 18 tahun, Muhd Hassan telah muncul johan mengalahkan rakan sepasukan, Mohd Azroy. Manakala Wafiy dan Mohd Azri menduduki tangga keenam dan sembilan. Bagi kategori Perempuan 18 tahun pula, Sharvini menduduki tempat ketujuh, Nurhazriana di tempat kesebelas, tempat ke 13 jatuh kepada Zahidatul Izzati dan Fatin Syuhada di tempat ke 22. Seterusnya kategori Lelaki 15 tahun pula, johan disandang oleh Mohd Danial Haziq, tempat keempat oleh Mohd Haiman Aqel, Mohd Mustaqim di tangga ke sepuluh dan Shah Ahmad Falih berada di tangga ke 18. Nurfarzana Atiqah menang tempat pertama bagi kategori Perempuan 15 tahun, Nurin Balqis di tangga kesepuluh, Nayli Maisara di tangga ke 11 dan tangga ke 15 oleh Balqis Nur Ain. Muhd Hassan diumumkan sebagai pemenang Papan Terbaik kategori L18 tahun dan Papan Terbaik bagi P15 disandang oleh Nurfarzana Atiqah. SMK Tun Habab dianugerahkan sebagai Johan Keseluruhan Sekolah Menengah dan  Johan Keseluruhan L18 Tahun. Tahniah diucapkan kepada guru-guru pembimbingnya, cikgu Aizah, cikgu Azmi, ustazah Norhidayah, ustazah Ruzita dan para peserta.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022