Audit Akademik SPM 2019

Barisan pentadbir yang diketuai oleh pengetua, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah mengadakan audit akademik peperiksaan pertengahan tahun 2019. Bermula 24 hingga 27 Jun 2019, semua calon SPM menghadiri pertemuan bersama pengetua untuk melihat prestasi dan tindakan yang perlu mereka laksanakan sebagai persediaan peperiksaan SPM yang bakal berlangsung pada bulan Oktober nanti. Guru-guru mata pelajaran yang lapang juga terlibat dalam pertemuan ini. Kelas yang terlibat ialah kelas 5 Al Alusi, 5 Al Biruni, 5 Al Farabi dan 5 Al Khindi.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022