Hotel Grand Paragon Sumbang Program Inovasi Sekolah

Terima kasih kepada Puan Elaine Ey yang mewakili Paragon Globe Berhad kerana telah memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada Kumpulan Glorious Estrella (GE) SMK Tun Habab. Majlis penyampaian sumbangan telah berlangsung di Hotel Paragon pada 25 Jun 2019 kepada cikgu Mohd Nor Akmal. Turut bersama menyaksikan majlis penyampaian itu ialah cikgu Nurizzati, saudara Amir dan saudari Siti Fatimah. Kumpulan Glorious Estrella mewakili SMK Tun Habab dalam pertandingan Petronas All About Youth 2019 di peringkat negeri Johor. Semoga sumbangan ini dapat membantu mempromosi inovasi yang dihasilkan oleh pelajar Glorious Tun Habab ke peringkat antarabangsa. Usai penyampaian sumbangan di Hotel Paragon, pasukan Glorious Estrella bergerak ke Pusat Inovasi Universiti Teknologi Malaysia untuk memperkenalkan inovasi yang dihasilkan dan mendapatkan maklumbalas daripada Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UTM, Dr Fauzan. Tahniah kepada Glorious Estrella.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022