Kursus Video Animasi

Seramai 17 orang Duta Penggerak Digital (DPD) telah menghadiri kursus video animasi yang dianjurkan oleh Unit ICT SMK Tun Habab pada 23 Jun 2019. Unit ICT telah menjemput cikgu Hafiz bin Ramli dari SK Bakri Batu 5 untuk memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menghasilkan papan cerita (storyboard) dan membangunkan papan cerita dalam bentuk animasi. Terima kasih cikgu Hafiz kerana sudi untuk berkongsi idea dengan DPD Glorious Tun Habab. Moga SMK Tun Habab bakal menghantar wakil untuk pertandingan digital storytelling peringkat negeri dans eterusnya ke peringkat kebangsaan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022