Kursus Robotik @UTM

Lima orang pelajar Duta Penggerak Digital (DPD) telah menghadiri kursus robotik yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 21 Jun 2019. Program selama sehari ini adalah sebagai persediaan pertandingan peringkat negeri yang bakal berlangsung pada hujung bulan Julai. Semua sekolah rendah dan menengah yang bertanding dijemput menghadiri kursus ini. Kursus kali ini memperkenalkan Thinker Code iaitu aturcara yang boleh digunakan secara online.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022