Kursus Level Up@Schools

Beberapa orang pelajar Glorious Tun Habab telah menghadiri Bengkel Kejurulatihan Level Up@Schools di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 dan 19 Jun 2019. Kursus yang bertujuan untuk membimbing pelajar untuk membina aplikasi video permainan menggunakan pelbagai platform ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Hanya beberapa buah sekolah terpilih sahaja yang dapat menghadiri kursus tersebut. Diharapkan kursus ini dapat membuka mata dan minda pelajar untuk aktif dalam bidang STEM. Terima kasih kepada cikgu Ulul Azmi dan cikgu Firdaus kerana membawa pelajar untuk menyertai kursus tersebut.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022