Sumbangan Kepada Encik Shahadan

Pada 18 Jun 2019, beberapa orang guru dan staf SMK Tun Habab yang diwakili oleh Ustaz Ahmad Fadzli, cikgu Rohaimi dan Encik Hisamudin telah berkunjung ke rumah Encik Shahadan bin Yaacob untuk menyampaikan sumbangan daripada rakan-rakan SMK Tun Habab. Encik Shahdan merupakan bekas staf di SMK Tun Habab dan beliau telah dikesan menghidap kanser usus. Kanser dikesan semasa beliau menjalani pembedahan apendiks beberapa bulan lepas. Sama-samalah kita mendoakan beliau agar tabah menghadapi dugaan dan diberi kasembuhan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memberi sedikit sumbangan dan mudah-mudahan dapat meringankan kos rawatannya.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022