Program Silang Budaya

Program Silang Budaya telah berlangsung pada 22 Mei 2019 di SMK Tun Habab. Program yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Negara dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional Negeri Johor ini adalah bersempena dengan Karnival MyRukunegara peringkat daerah Kota Tinggi. Program Silang Budaya ini disertai oleh  180 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai objektif untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti silang budaya. Aktiviti yang dianjurkan adalah  seperti memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadhan,
membuat kad raya gergasi yang bertemakan perpaduan dan kuiz kepercayaan dan adat pelbagai kaum. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan yang baik di kalangan pelajar Glorious Tun Habab. Tahniah!

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022