IftarJamaie@APKT

Pada 22 Mei 2019, Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) telah menjadi tuan rumah Majlis Iftar Asrama Harian Peringkat Daerah Kota Tinggi. Majlis bermula jam 5.00 petang dengan ceramah ramadan oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Abdul Hamid daripada SMK Air Tawar. Antara tetamu jemputan khas adalah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Ab Rahim bin Lamin. Turut hadir pada majlis ini Tuan Haji Mohd Fadil bin Ishak (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi), pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan diakhiri dengan solat tarawikh berjemaah di surau APKT.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022