Cikgu Zakaria Dinobatkan Johan Anugerah Kepimpinan TMK


Pada hari yang bersejarah, 29 April 2019, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang mencipta tagline Glorious Tun Habab telah dipilih sebagai Johan Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Negeri Johor. Pemegang anugerah ini adalah merupakan pengetua SMK Tun Habab telah membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai RM300 semasa Majlis Anugerah Guru Negeri Johor yang berlangsung di Hotel M-Suite, Johor Bahru . Seluruh warga SMK Tun Habab mengucapkan tahniah dan semoga terus cemerlang dan gemilang.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022