Aqilah Awatif Naib Johan CAKNA


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah mengadakan Pertandingan Cabaran Keselamatan Nasional (CAKNA) pada 28 hingga 30 April 2019. Dua buah kumpulan wakil SMK Tun Habab telah menyertai dan terpilih untuk pertandingan tersebut. Mereka bersaing dengan beberapa buah kumpulan di peringkat negeri. Nyata rezeki tidak berpihak kepada SMK Tun Habab apabila pasukan Glorious Tun Habab A yang diwakili oleh Aqilah Awatif binti Mohd Rashid, Erfan Fikrie dan cikgu Ku Sunira binti Ku Johari mendapat tempat kedua dan manakala pasukan Glorious Tun Habab B yang diwakili oleh Mohamad Alifee, Aiman Arif dan cikgu Nurashikin binti Ishak pula menduduki tangga keenam. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022