SMK Tun Habab Menyantuni SK Bandar Mas


Pada 22 April 2019 SMK Tun Habab telah menerima jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Mas untuk mengadakan Pameran dan Taklimat Promosi Jom Bersama Glorious Tun Habab bersempena dengan Majlis Akujanji bersama Ibubapa/Penjaga murid tahun 6. 3 orang pelajar Glorious Tun Habab yang mewakili Pengawas, Presiden Asrama Pusat dan SLB telah mempromosikan kecemerlangan SMK Tun Habab dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Ini merupakan usaha murni untuk mempromosikan SMK Tun Habab sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan agar menjadi pilihan warga Kota Tinggi. Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022