Program Training of Trainee


Majlis Pemimpin Muda atau SLB SMK Tun Habab telah menganjurkan program selama dua hari dengan penyertaan daripada lima badan kepimpinan (SLB, Pengawas, Duta Penggerak Digital, Pengawas Pusat Sumber dan Badan Dakwah dan Kerohanian) yang ada di SMK Tun Habab. Bermula dengan sesi Ice Breaking dan Team Building kemudian di sambung pada sebelah malam dengan Bengkel Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Awam oleh pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd Jalil. Seterusnya untuk Slot Kepimpinan disempurnakan oleh cikgu Siti Nazra binti Kasmen iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Lokman Hakim, Beliau merupakan kaunselor yang mempunyai pengalaman luas dalam pembentukan pasukan Prodigy di daerah Kota Tinggi. Majlis di tamatkan pada jam 11.00 pagi pada hari Jumaat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan program ini dan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anak-anak Glorious Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022