Alifee Syazareen Pengerusi Majlis Kanak-Kanak


Pada 8 April 2019 telah diadakan mesyuarat perwakilan kanak-kanak negeri Johor yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Manayi bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Negeri Johor. SMK Tun Habab telah menghantar dua orang pelajar iaitu Muhammad Alifee Syazarin bin Rudy Iswandi dan
Syalabiah binti Omar Syariff. Pada mesyuarat berkenaan, Muhammad Alifee Syazarin telah dipilih sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak negeri Johor dan sekaligus mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Tahniah dan semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022