Pasukan Genta Seri Habab Kekal Juara Pantun


Untuk ke sekian kalinya Pemantun Genta Seri Habab mempertahankan kejuaraan dalam Pesta Pantun Daerah Kota Tinggi tahun 2019. Bertemu SMKA Bandar Penawar di Separuh Akhir melayakkan Genta Seri Habab mendapat tempat di pusingan akhir dan kemudiannya menewaskan SMK Air Tawar dalam Pesta Pantun Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Antara rahsia kejayaan mereka adalah sokongan dan dokongan daripada barisan pentadbir terutamanya pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang turut terlibat dalam sesi latihan, serta ibu bapa pemantun yang turut sama membantu daripada aspek moral dan kehadiran sebagai penyokong dalam setiap pertandingan. Pemantun SMK Tun Habab dibarisi oleh Nurdanisha binti Zainal Abidin yang juga memegang trofi Pemantun Terbaik Pesta Pantun Daerah Kota Tinggi untuk tiga tahun berturut turut, Fatin Nadiah binti Mohd Zake, Syahirah binti Mohd Radzi, Mohd Alif bin Mohd Akmal dan Mohd Azmiruddin bin Ismail. Guru yang bertanggungjawab membimbing pasukan ini adalah Puan Nurashikin binti Ishak dan Puan Ku Sunira binti Ku Johari. Semoga Pasukan Genta Seri Habab akan berjaya di peringkat Negeri Johor nanti.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022