Penilaian Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat 2019


Pada 18 Mac 2019, SMK Tun Habab menerima kehadiran beberapa orang pegawai penilai Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKTMK) 2019 iaitu Puan Haslinda binti Hassan, Encik Mohd Roselan bin Abu Hasan dan Encik Mohd Hairil Fitri bin Jaafar yang merupakan pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Manakala Encik Isfandi Adi bin Ahmad dan Encik Hisham bin Abdul Hamid dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Encik Zaid dari YTL. Kehadiran mereka disambut dengan meriah oleh barisan pentadbir, Unit ICT dan Duta Penggerak Digital SMK Tun Habab. Pada sesi penilaian ini, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah membentangkan pengurusan ICT di sekolah dengan bantuan slaid. Sesi taklimat ini disambung dengan pameran, penerangan dan demontrasi oleh Duta Penggerak Digital dan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Mudah-mudahan tuan pengetua kita berjaya ke peringkat kebangsaan bagi Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada tahun ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022