SMK Tun Habab Unggul Dalam STPM 2018

Hazim berjaya mendapat PNGK 4.00 dalam STPM 2018

Tahniah kepada kepada pelajar STPM 2018, Muhammad Hazim bin Othman apabila mendapat keputusan cemerlang dengan semua A dalam peperiksaan STPM 2018. Keputusan STPM 2018 telah diumumkan oleh pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil pada jam 12.00 tengah hari di Dewan Seri Tun Habab. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Tuan Haji Muhamad Fadil bin Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang sudi menyampaikan sijil kepada semua calon STPM 2018. Pada peperiksaan kali ini, SMK Tun Habab mencapai kenaikan 0.02 dalam PNGK 3.12 berbanding 3.10 pada tahun 2017 dengan 100% lulus. Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan yang gemilang ini. Misi 312 tercapai!

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022