Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Sekolah

Encik Samsudin menyampaikan sijil kepada salah seorang ahli Duta Penggerak Digital

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Sekolah pada tahun ini telah berlangsung pada 10 Mac 2019 di Dewan Seri Tun Habab. majlis yang bermula jam 7.30 pagi ini telah disempurnakan oleh Ketua Unit Akademik PPD Kota Tinggi, Encik Samsudin bin Mohd Aripin. Lima buah badan kepimpinan SMK Tun Habab adalah terdiri daripada Pengawas Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Duta Penggerak Digital (DPD), Pengawas Pusat Sumber, Pengawas dan Student Leaders Board (SLB) dan Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) menerima sijil lantikan masing-masing. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada pengerusi MPPT6, saudara Mohamad Syah Adam bin Abd. Khalid dan diakhiri dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh Ketua Pemimpin Pelajar, Fatin Nadiah binti Mohd Zake. Sebelum bersurai, semua guru dan penerima sijil berkumpul di padang untuk mengambil gambar menggunakan drone yang dikendalikan oleh Duta Penggerak Digital.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022