Program Klik dengan Bijak


Pada 28 Februari 2019, Kelab Teknologi Maklumat Tingkatan 6 dengan kerjasama Pusat Internet telah menganjurkan program Klik Deengan Bijak. Program dimulakan dengan aktiviti Explorace berkaitan dengan Keselamatan Siber. Semua pelajar telah dibahagikan dengan 10 kumpulan dan setiap kumpulan mesti melalui beberapa checkpoint untuk mendapatkan jawapan. Usai aktiviti Explorace dijalankan, pelajar diberi taklimat tentang kata laluan. Setiap kumpulan perlu menghasilkan kata laluan yang benar-benar selamat. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan cenderamata kepada fasilitator-fasilitator Pusat Internet yang terdiri daripada Encik Mohammad Aziizul bin Abdul Ghani, Cik Nur Hidayatul Hajar binti Arbain, Cik Siti Aminah binti Saidai, Cik Nur Farahiyah binti Ayub, Cik Nur Azyana binti Mohd Nizam, Encik Md. Faizzuddin bin Md. Sakeh dan Muhamad Azizi binti Md. Salleh.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022