DTC-JDT Tempat Ketiga Liga Bolasepak


Kejohanan MPPG-DCL League (DCL) Fiesta adalah sebuah kejohanan peringkat kelayakan untuk pasukan bertanding dalam DCL 2019 (Pertandingan Liga Panjang). Daripada 20 pasukan yang bertanding, hanya 16 pasukan terbaik sahaja yang akan layak bertanding dalam kejohanan DCL 2019 dan juara akan layak secara percuma. Kejohanan MPPG-DCL FIESTA ini adalah karnival bola sepak yang menggunakan format masa yang lebih singkat dan melibatkan hanya 4 perlawanan di peringkat kumpulan. Juara dan naib juara kumpulan akan ke peringkat suku akhir,separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir. SMK Tun Habab menghantar pasukan DTC Kota bawah 14 Tahun dan 16 Tahun. Pasukan DTC Kota bawah 14 Tahun kandas ke separuh akhir apabila tewas dalam peringkat suku akhir. Bagi pasukan DTC Kota bawah 16 Tahun pula layak ke DCL 2019 apabila mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir MPPG-DCL Fiesta yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang berlangsung pada 2 Mac 2019. Berikut adalah keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan DTC Kota pada peringkat kumpulan. DTC Kota berjaya menewaskan beberapa pasukan seperti DTC Kluang (0-0), SS Premier A (0-0), DTC JB Senior B (2-0) dan Masai United (1-0). Manakala pada peringkat suku akhir pula DTC Kota seri dengan DTC Pasir Gudang (0-0) tetapi menang melalui sepakan penalti (4-2). Namun di peringkat separuh akhir, DTC Kota berjaya ditewaskan oleh pasukan DTC Pasir Gudang U16 dengan jaringan satu gol. Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat DTC Kota seri dengan DTC Kluang (0-0). Kita menang sepakan penalti dengan 3-0. Nampaknya wira-wira DTC Kota memang jaguh dalam sepakan penalti. Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih, fisioterapi dan pasukan DTC Kota.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022