Emas Pertama Kontinjen Glorious Tun Habab


Isnin, 25 Februari 2019 :
Hari pertama kem SMK Tun Habab gembira apabila memperoleh pingat emas yang pertama melalui acara jalan kaki. Turut sama memungut pingat emas ialah acara lompat tinggi, lompat kijang dan rejam lembing perempuan. Manakala pingat perak dan gangsa diperoleh melalui acara rejam lembing dan jalan kaki lelaki dan perempuan. Hari yang cerah untuk SMK Tun Habab.
Pada sesi petang pula, pungutan pingat emas diteruskan dalam acara lompat tinggi oleh Ahmad Ilham diikuti dengan Hakim bin Suwary daripada acara rejam lembing L15 Tahun. Rumusan hari pertama Kejohanan Olahraga MSSD Kota Tinggi yang berlangsung di Bandar penawar menyaksikan kontinjen Glorious Tun Habab berada pada tangga kedua dengan memungut 6 emas, 6 perak dan 8 gangsa. Semoga emas akan terus berkilau pada hari kedua, ketiga dan keempat Kejohanan Olahraga MSSD Kota Tinggi untuk SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022