SMK Tun Habab Teater Membaca Hikayat Jelajah ke Barat


Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi. Pengalaman berharga untuk SMK Tun Habab di arena pertandingan yang julung kali diadakan iaitu Pertandingan Teater Membaca Hikayat Jelajah Ke Barat. Teater Membaca ini diadaptasikan daripada sastera cina “Journey To The West”. Rezeki anak-anak Produksi Matahariku SMK Tun Habab apabila pertaruhan pertama ini membuahkan tempat keempat daripada 20 pasukan yang bertanding. Pertandingan yang berlangsung pada 23 Februari 2019 di Plaza Pelangi Johor Bahru ini, Glorious Tun Habab telah menghantar sebanyak 2 pasukan untuk pengalaman kali ini. Semoga untuk tahun hadapan kejayaan ini akan menjadi lebih cemerlang. Tahniah kepada cikgu Ku Sunira, cikgu Norashikin dan kru Produksi Matahariku.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022