Pelancaran Program Gerakan Membaca 2019

Pada hari Ahad, 24 Februari 2019 di Dewan Seri Tun Habab, Penolong Kanan Pentadbiran, cikgu Rafidah binti Abd. Hamid telah merasmikan Program Gerakan Membaca di peringkat sekolah. Program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber pada setiap tahun akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Mulai tahun ini, Pusat Sumber SMK Tun Habab akan meningkatkan lagi aktiviti membaca di kalangan pelajar-pelajarnya untuk menaikkan prestasi Nilam sekolah ini. cikgu Nur Lina binti Mohd Shapri telah memberikan taklimat dan penjelasan tentang bagaimana Nilam boleh menyumbangkan markah yang tinggi kepada markah kokurikulum setiap individu pelajar termasuk pelajar tingkatan 6. Justeru itu, semua pelajar dan guru diharapkan dapat menyokong program ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022