Kursus Pengaturcaraan Tingkatan 5


Kursus pengaturcaraan komputer sedang dijalankan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Sains Komputer. Program yang dianjurkan oleh Unit ICT ini telah menjemput Encik Amin bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SMK Tun Habab untuk berkongsi ilmu dan mengadakan latihan pengaturcaraan menggunakan PHP. Encik Amin merupakan pegawai yang telah membangunkan Sistem Undian Pilihanraya Bekomputer yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 dan 2019. Moga perkongsian ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada pelajar-pelajar.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022