Jom ke Sekolah 2019


Program Jom ke Sekolah 2019 telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 18 Februari 2019. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmon bin Bajah telah berbesar hati bersama-sama cikgu Haji Mohamad Fadil bin Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi merasmikan program Jom ke Sekolah. Beberapa orang pegawai pendidikan turut hadir sama dalam program ini ialah cikgu Ismail bin Karim, cikgu Roslan bin Mohd Noh, cikgu Zamri bin Safri, cikgu Haji Hasrin bin Abd Samad, Dato’ Mohd Khir bin Abd Samad (YDP PIBG SMK Tun Habab) dan ASP Mohd Azizuddin bin Ibrahim (Pegawai Perhubungan Sekolah).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *