Glorious Tun Habab Johan Hoki Keseluruhan


SMK Tun Habab berjaya mencatat sejarah apabila berjaya menjadi juara keseluruhan bagi Kejohanan Hoki MSSD Kota Tinggi di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar. Pasukan hoki Glorious Tun Habab berjaya memenangi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan pada kejohanan yang berlangsung pada 18 dan 19 Februari 2019. Ini merupakan kejuaraan ketujuh, kelapan dan kesembilan bagi SMK Tun Habab sepanjang kejohanan yang melibatkan sukan di sekitar daerah Kota Tinggi (sumber pengetua, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil). Tahniah diucapkan kepada kontinjen hoki SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022