Nur Fatin Nadiah Ketua Pelajar 2019

Cikgu Juriah menyerahkan keputusan pilihanraya ketua pelajar kepada pengetua

Pada 14 Februari 2019, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab telah mengumumkan pemenang pilihanraya Ketua Pelajar bagi sesi 2019 di Dewan Seri Tun Habab. Tahniah kepada saudari Nur Fatin Nadiah binti Mohd Zake yang telah dipilih secara undian berkomputer menewaskan lawannya Abd. Hadi bin Abd. Rahman (pengerusi Duta Penggerak Digital), Muhammad Haikal bin Mahat (pengerusi Student Leader Board), Pang Min Le (pengerusi Pusat Sumber) dan Mohamad Rashidi bin Saat (pengerusi Badan Dakwah). Semoga saudari Nur Fatin Nadiah dapat menunjukkan kepimpinan yang baik kepada semua pelajar SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022