SMK Tun Habab Johan Ping Pong


Pada 12 Februari 2019 telah berlangsung pertandingan Ping Pong MSSD Kota Tinggi di Dewan SJK(C) Mawai. Kejayaan SMK Tun Habab tidak berhenti sehingga 31 Januari 2019. Bahkan diteruskan pada bulan Februari apabila pasukan Glorious Tun Habab telah berjaya menjadi johan keseluruhan dengan memungut 34 mata. Antara kejayaan yang telah diraih ialah johan beregu perempuan, naib johan beregu lelaki, naib johan lelaki individu, ketiga perempuan individu dan keempat lelaki individu. Tahniah diucapkan kepada pengurus, jurulatih dan pemain pasukan ping pong SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022