SMK Tun Habab Menang Anugerah Emas


Pada 31 Januari 2019, Pejabat Pendidikan Daerah Kota tinggi telah mengadakan Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi di Dewan SJK(C) Pei Hwa. Pada majlis berkenaan, SMK Tun Habab terus Glorious apabila telah menggondolkan anugerah dan Anugerah Emas Anugerah Kualiti Sekolah Gemilang bagi tahun 2018. Beberapa anugerah yang dimenangi oleh SMk Tun Habab ialah Anugerah Kualiti PPD -Kepimpinan Ikon Inovasi – Zakaria Abd Jalil, Anugerah Kualiti Timbalan PPD – Guru Inovatif – Noorazalizawati Ahmad, Anugerah Kualiti Timbalan PPD – Guru Inovatif Mohd Kasim Mahmod, Anugerah Kualiti GPS SPM 2017 Sekolah Harian, Anugerah Kualiti Terbaik Peratus Lulus STPM 2017, Anugerah Pembestarian Sekolah Menengah, Anugerah Kualiti Kelab dan Persatuan, Anugerah Kualiti Terbaik Keseluruhan Kokurikulum dan Anugerah Kualiti Kecemerlangan Unit Pengurusan Sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Tun Habab. Semoga akan terus cemerlang dan gemilang pada tahun ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022