Majlis Budimu Srikandi Terukir di Hati


Pada 17 Januari 2019 telah berlangsung majlis yang gilang gemilang sempena meraikan tiga orang guru SMK Tun Habab yang bersara iaitu Puan Hajah Fauziah binti Hashim, Puan Hajah Junaidah binti Yahya dan Puan Sawiah binti Bahari. Majlis yang bertemakan Melayu Tradisional telah diadakan di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk dan bacaan doa. Persembahan multimedia yang dihasilkan oleh Duta Penggerak Digital telah dipancarkan dan diikuti dengan persembahan nyanyian yang merdu daripada Produksi Matahariku. Majlis diakhiri dengan slot sign off oleh Puan Hajah Fauziah yang bersara pada 18 Januari 2019. Tahniah kepada semua warga kerja Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022