SMK Tun Habab Naib Johan Sirkit Hoki


Kejohanan Sirkit Hoki Perempuan B14 Pusat Latihan Daerah (PLD) Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Negeri Johor telah berlangsung pada 16 November 2018 di Sekolah Dato Bentara Luar (SDBL), Batu Pahat. Pasukan Glorious Tun Habab yang mewakili daerah Kota tinggi telah berjaya ke mara ke pusingan separuh akhir apabila berjaya menewaskan Pasir Gudang, Johor Bahru dan Muar. Pada peringkat separuh akhir SMK Tun Habab seri dengan daerah Kluang tetapi rezeki berpihak kepada Kota Tinggi apabila menang melalui penalti 3-2. Kemaraan Batu Pahat tidak dapat disangkal lagi apabila kita tewas dengan 0-5. Tahniah diucapkan kepada jurulatih Encik Sairi bin Surip dan Encik M.Rizal bin Kasmon serta para pemain. Para pemain SMK Tun Habab yang mewakili daerah Kota Tinggi terdiri daripada Batrisyia Husna Binti Mohd Salehudin, Nur Syazarina Binti Abdullah, Nur Kamilia Kaisah Binti Khairullah, Isyirah Mayamin Binti Mohd Zaidy, Alya Zaharah Binti Johari, Nur Syazwani Binti Zainudin, Afiqah Maisarah Binti Mohammad Zaim dan Nur Izzatee Suhana Binti Abdullah.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022