SMK Tun Habab Terima Hadiah WMAM


Tahniah kepada Duta Penggerak Digital kerana sekali mencatatkan kemenangan dalam Pertandingan WMAM Eco Youth Challenge 2018. Untuk makluman, video yang disertai oleh SMK Tun Habab telah dipilih antara 10 video terbaik di peringkat akhir. Video yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 3 dan 4 ini menggunakan pelbagai jenis perisian untuk mendapatkan hasil video yang kreatif dan terbaik. Cek telah diterima oleh Puan Rafidah binti Abd. Hamid yang disampaikan oleh wakil WMAM. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbingnya, Puan Noorazlizawatie binti Ahmad dan Duta Penggerak Digital.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022