Faheem Juara Keseluruhan Sirkit


M.Faheem Razen bin Zaini telah berjaya mengharumkan nama Kota Tinggi apabila berjaya menjadi johan keseluruhan bagi Pertandingan Lumba Basikal Sirkit Johor 2018. Manakala Amirul Izham pula menduduki tempat kedua pada sirkit yang sama. M.Faheem dan Amirul Izham merupakan pelajar SMK Tun Habab yang aktif dalam semua pertandingan lumba basikal sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini akan terus menyuntik semangat mereka untuk menjadi Pocket Rocketman Junior suatu hari nanti.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022