Pasukan Genta Tun Habab Muncul Naib Johan Sayembara Pantun


Pasukan Genta Seri Habab daripada SMK Tun Habab telah menyandang Naib Johan dalam Sayembara Pantun Piala Nusantara Anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu yang berlangsung pada 10 dan 11 November 2018. Selain daripada itu pasukan ini turut berjaya merangkul Anugerah Busana Terbaik. Pemantun di barisi oleh Nurdanisha bt Zainal Abidin dari 4 Al Biruni, Nur Fatin Nadiah bt Mohd Zake dari 4 Al Khindi, Syahirah bt Mohd Radzi dari 4 Al Farabi dan Mohd Alif bin Mohd Akmal dari 4 Al Khawarizmi bersama jurulatih Puan Nurashikin bt Ishak dan Puan Ku Sunira bt Ku Johari. Puan Nurashikin Ishak juga telah dilantik menjadi juri bagi pertandingan peringkat IPT dari saringan sehingga separuh akhir. Moga kemenangan ini akan terus menjadi semangat kepada pasukan Genta Seri Habab pada masa akan datang.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022