Zulaikha Sampaikan Taklimat Keselamatan Siber


Pada 30 Oktober 2018, saudari Zulaikha binti Abdullah telah menyampaikan taklimat tentang 10 langkah keselamatan siber di hadapan Duta Keselamatan Siber dan juruteknik kedua yang sedang berkursus di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPN). Beliau membuat pembentangan idea untuk diperluaskan oleh pihak BTPN. Saudari Zulaikha merupakan pelajar SMK Tun Habab yang mewakili negeri Johor dalam pertandingan CAKNA di peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di BTPN Kelantan. Moga perkongsian idea ini dapat dilaksanakan negeri Johor sebagai projek rintis.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022