Anugerah Gangsa Untuk SMK Tun Habab


Pada 25 Oktober 2018, SMK Tun Habab telah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Pertandingan Video Dokumentasi Sekolah Kecemerlangan 2018 di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban. SMK Tun Habab menerima Anugerah Gangsa pada pertandingan tersebut. Hadiah diterima oleh saudara Abdul Hadi daripada Encik Aidie bin Jantan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Para juri terdiri daripada Encik Dzul Karnain bin Abdullah (Dekan Fakulti Filem & Televisyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) sebagai ketua juri, Encik Ashwad bin Ismail (Head of Breaking News Astro Awani Networks Sdn Bhd), Encik Muhammad bin Mahmuddin (Penerbit Rancangan dan Ketua Unit Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), Encik Abi Ommaya bin Omar (Eksekutif Kanan Malaysia Digital Economy Corporation) dan Puan Aniza binti Kamarulzaman (Ketua Penolong Pengarah Kanan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM). Tahniah kepada semua pelajar 4 Al Biruni yang mengambil bahagian dan Duta Penggerak Digital.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022