XT-COOL Penaja Emas DTC – JDT Kota Tinggi

Penyelaras Program Pembangunan Bola Sepak DTC – JDT Kota Tinggi, En. Noor Tashar Bin Mohd Shaharuddin (kanan) bersama En. Sahril Hj. Solehan,Pengarah Urusan Produk XT – Cool (tengah), En. Muaiz Bin Hj. Othman, MHO PHYSIO System Rakan Strategik Program (kiri).

XT – Cool adalah produk pelbagai guna yang sesuai untuk semua jenis sukan bagi menggelakkan kekejangan otot dan memulihkan badan selepas bersukan. Ianya juga sesuai dalam kehidupan harian. Pusat Fisioterapi Sukan SMK Tun Habab juga akan menjadi HAB bagi produk ini. Para pelanggan boleh mendapatkannya melalui pihak kami.
Pihak Pengurusan DTC – JDT Kota Tinggi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kolaboratif yang positif ini.
Semua warga SMK Tun Habab sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan DTC-JDT Kota Tinggi. Tahniah kepada pihak pengurusan DTC-JDT Kota Tinggi. Majulah sukan untuk negara!

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022