Majlis Tamat Pengajian Tingkatan 6


Majlis Tamat Pengajian Tingkatan 6 telah diadakan di Tunamaya Desaru pada 18 Oktober 2018. Semua pelajar tingkatan 6 semester 3 hadir dan menerima sijil tamat pengajian tingkatan bagi sesi 2017/2018. Pada majlis berkenaan, pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil telah menyampaikan sijil tamat pengajian dan sijil pencapaian cemerlang bagi pelajar-pelajar yang mendapat 3.00 dan ke atas. Majlis tamat pada jam 12.45 tengah hari. Tepat jam 1.30 petang, jamuan teh telah berlangsung untuk meraikan pelajar-pelajar tingkatan 6 Semester 3 sesi 2017/2018 yang bertemakan Hawaii. Tuan pengetua turut berbesar hati apabila dijemput untuk membuat persembahan bersama pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6, Saudara Mohammad Shah Adam bin Abd. Khalid. Seluruh warga Glorious Tun Habab mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon tingkatan 6 Semester 3 dan 6 Semester 1 pada peperiksaan STPM 2018 dan STPM 2019 yang bakal berlangsung pada bulan November ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022