SMK Tun Habab Naib Johan Anugerah Pembestarian Sekolah 2018


Pada 16 Oktober 2018 telah berlangsung majlis Anugerah Pembestarian Sekolah (APS) Peringkat Kebangsaan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kuala Lumpur. Pada majlis berkenaan, Glorious Tun Habab telah diumumkan sebagai naib johan bagi kategori Sekolah Bestari Cemerlang Sekolah Menengah yang merupakan anugerah tertinggi APS ini. Pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil telah menerima anugerah berkenaan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik bersama-sama Guru Penyelaras Bestari, Puan Noorazlizawatie binti Ahmad. Booth pamerah Glorious Tun Habab turut menjadi tumpuan YB Dr. Maszlee, Ketua Pengarah BTP dan para pengunjung. Tahniah diucapkan kepada warga SMK Tun Habab yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022