Glorious Tun Habab ke Pertandingan Robotik Antarabangsa


Pada 9 September 2018 pasukan Robotik Glorious Tun Habab telah menyertai Pertandingan Robotik Antarabangsa (IRC) yang berlangsung di Universiti islam Antarabangsa. Pertandingan yang diadakan pada 8 dan 9 September 2018 ini adalah terbuka kepada semua peringkat iaitu daripada sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. SMK Tun Habab telah menghantar 4 kumpulan yang menyertai dua kategori pertandingan iaitu Soccer Robot dan Trashure Hunt. Walaupun gagal meraik tempat terbaik namun pasukan Glorious Tun Habab menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Moga ini membuka minda dan memberikan pengalaman kepada pelajar untuk meneruskan minat dalam robotik pada masa akan datang. Berikut adalah keputusan pertandingan yang melibatkan pasukan SMK Tun Habab. Bagi kategori Trashure Hunt Robot; Glorious Tun Habab (yang diwakili oleh Amir dan Irfan) mendapat tempat ke-9 daripada 21 pasukan manakala Glorious Tun Habab 2 (yang diwakili oleh Syabil dan Khairy)mendapat tempat ke-10 daripada 21 pasukan. Bagi kategori Soccer Robot; Glorious Tun Habab (yang diwakili oleh Irham, Afeeq, Hakim) mendapat tempat ke-5 kumpulan (Gagal ke pusingan 16 terbaik) dan Glorious Tun Habab 2 (yang diwakili oleh Hidayah, Nurina, Irdina) mendapat tempat ke-5 kumpulan (Gagal ke pusingan 16 terbaik).

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022