Irfan Daniel dan Mohd Taufiq Ke Akhir Suara Emas


Pada 15 September 2018 bakal berlangsung pertandingan akhir Suara Emas JPNJ 2018. Sebanyak 4 kategori dipertandingan iaitu kategori Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah dan kategori Lelaki dan Perempuan Sekolah Menengah yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Tahniah kepada dua orang pelajar SMK Tun Habab yang telah terpilih di antara 10 peserta kategori Lelaki Akhir Suara Emas JPNJ 2018 iaitu Irfan Daniel bin Roslan dan Mohd Taufiq bin Basran. Semua warga Tun Habab dijemput hadir di Concourse Mall of Medini, Iskandar Puteri jam 9.30 pagi untuk memberikan sokongan kepada dua Suara Emas Glorious Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022