Program Khidmat Masyarakat : Jualan Hasil Pertanian


Program khidmat masyarakat telah dirancang bermula pada 1 Ogos 2018. Setelah melalui beberapa proses dan kelulusan diberikan, aktiviti pertama telah dimulakan pada 28 Ogos 2018. Program disertai oleh pelajar tingkatan 4 Al Biruni dan beberapa orang guru yang dimulakan dengan memetik hasil pertanian di kebun kepunyaan Encik Sivarmani (lokasi di Kampung Lukut). Usai memetik hasil pertanian, aktiviti pembungkusan dijalankan segera untuk jualan di sekolah. Hasil daripada jualan hasil pertanian ini akan disumbangkan kepada ibu kepada pelajar 4 Al Biruni yang kakinya dipotong disebabkan oleh kencing manis.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022