Robotix SMK Tun Habab di Persada Kebangsaan


Pada 11 dan 12 Ogos 2018, dua buah pasukan robotik SMK Tun Habab telah menyertai pertandingan Petrosains RBTX Challenge yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. 4 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 2 iaitu Nur Afina Bt Zamzure (2 Alusi), Nuraliyah Bt Hasnol Fadzil (2 Alusi), Nur Ameera Qistina Bt Md Buang (2 Alusi) dan Diah Fajar Adrind Bt Suko Prayetno (2 Alusi) yang turut dibantu oleh pembantu teknikal Muhamad Irfan B. Jamil (3 Khaldun) serta guru pembimbing, En. Mohd Nor Akmal bin Salleh dan Pn. Anum bt Mahat. Walaupun gagal meraih sebarang tempat namun pasukan Glorious Tun Habab berjaya menduduki tangga ke 46 dan 53 daripada 68 buah sekolah yang terpilih di peringkat kebangsaan. Sesungguhnya peryertaan ini dapat memberikan pengalaman yang cukup berharga dan dapat menyuntik semangat anak-anak Tun Habab untuk lebih maju.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022