Pasukan Roket Air Muncul Johan Karnival STEM


Karnival STEM peringkat negeri Johor 2018 telah diadakan pada 12 hingga 14 Ogos 2018 di daerah Segamat. SMK Tun Habab telah menghantar beberapa orang wakil bagi menyertai beberapa acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan roket air, projek video digital STEM dan modul pertandingan inovasi kapal terbang kawalan jauh. Pada pertandingan berkenaan, pasukan roket air telah muncul sebagai johan pertandingan bagi kategori sekolah menengah. Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbingnya.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022