Majlis Anugerah Kilauan Bestari Meriah


Chua Yun Qi telah dinobatkan sebagai penerima anugerah bagi kategori Anugerah Glorious Tun Habab atas kejayaannya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pelajar tingkatan 6 Semester 1 ini sangat aktif dalam nyanyian dan pada masa yang sama sangat cemerlang dalam bidang akademik. Hadiah disampaikan oleh Encik Norazman bin Othman iaitu Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang berlangsung di Dewan Seri Tun Habab. Beliau telah dijemput untuk merasmikan Majlis Anugerah Kilauan Bestari SMK Tun Habab yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun, PT3, SPM dan STPM. Pengiktirafan juga turut diberikan kepada panitia yang cemerlang dalam mata pelajaran masing-masing.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022