SMK Tun Habab Sertai Pertandingan IREO


Buat pertama kalinya SMK Tun Habab telah menyertai International Robotics and English Olympiad (IREO) yang telah dijalankan pada 25 Julai 2018 di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Pertandingan ini turut oleh pelbagai negara seperti Singapura, Vietnam, Kemboja, Bangladesh, Libya, Iraq dan Indonesia. Wakil SMK Tun Habab yang terdiri daripada Achmad Danish, Derrick dan Sharivini berjaya mendapat skor lebih 500 mata. Walaubagaimanapun mereka gagal untuk ke pusingan akhir. Terima kasih kepada Puan Aduni binti Muhamad Yunan daripada Panitia Bahasa Inggeris kerana berjaya melengkapkan penyertaan sekolah yang bukan sahaja di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bahkan juga di peringkat antarabangsa.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022