SMK Tun Habab Tempat Ketiga


Pada 24 Julai 2018, SMK Tun Habab telah mengelolakan Kejohanan Bola Jaring Prauniversiti sempena Kejohanan Sukan Prauniversiti daerah Kota Tinggi. Pertandingan ini yang telah diadakan di Dewan Serbaguna JKR Kota Tinggi menyaksikan SMK Bandar Easter menewaskan SMKA Bandar Penawar dan sekaligus mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut. Manakala SMK Tun Habab berjaya mengalahkan SMK Laksamana untuk tempat ketiga dan keempat. Tahniah kepada semua pasukan atas semangat kesukanan dan Puan Rahmazaniza bt Md. Amin selaku penyelaras Kejohanan Bola Jaring Prauniversiti daerah Kota Tinggi dan jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022