Jom Masuk Tingkatan 6


Pada hari Ahad yang lalu, 22 Julai 2018, SMK Tun Habab telah menjadi lokasi program Jom Duk STPM yang dianjurkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Timbalan Pengerusi Eksekutif 1 MPM, Encik Adnan bin Husin telah hadir untuk mempromosikan STPM kepada semua pelajar tingkatan 6 semester 1 STPM 2019 dari SMK Bandar, SMK Laksamana dan SMK Tun Habab. Turut hadir pada program berkenaan, Encik Bahman bin Samsudin daripada Unit Pengendalian Peperiksaan STPM/MUET dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Encik Eliff bin Sarian yang merupakan pegawai meja pengurusan tingkatan 6, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi. Moga dengan program yang diadakan ini dapat memberi penerangan yang jelas kepada semua calon STPM 2019 tentang matlamat dan hala tuju pendidikan mereka sendiri.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022